Datang Kuantan ada kerja sambil mengimbas kenangan lalu. Aku pernah duduk Kuantan masa mula kerja dekat 2 tahun setengah. Dalam tempoh tu, banyak kedai makan yang aku dah cuba tapi sekarang dah tak berniaga lagi. Untuk trip kali ni aku sempat singgah beberapa kedai makan yang aku nak sangat recommend kat korang.
(1) Sara Thai Kitchen, Kuantan
Restoran ni terletak di Jalan Teluk Sisek berhampiran simpang empat nak pergi ke Tanjung Lumpur. Betul-betul di selekoh jalan deretan bangunan kedai, restoran ni terletak di hujung sekali. Dapur dan tandas restoran ni pun sangat bersih. Kalau korang nak pegi tandas mesti lalu dapur dulu, korang boleh nampak betapa tersusunnya bahan masakan restoran ni. Aku dah makan kat restoran ni sejak tahun 2005 lagi. Sampai sekarang, kalau pergi Kuantan, aku mesti singgah untuk lunch atau dinner kat sini.
Di restoran ni memang orang melayu thai sendiri masak, barang mentah dan rempah ratus dibawa dari Thailand. Aku rasa betul, sebab masakan restoran ni sangat sempurna dari segi rasa, warna dan garnishing. Masakan yang sedap aku pernah cuba di restoran ni antaranya kari hijau ayam, tomyam seafood, daging lada hitam, ikan kerapu goreng letak kerabu mangga dan seafood (ikan, udang, sotong) goreng tepung dalam satu pinggan yang sama. Sos pencicah pun sedap.
Kueyteow ladna
Kali ni, aku makan phad thai udang. Minos makan kueyteow ladna. Phad thai ni macam kueyteow tapi versi kurang lebar digoreng dengan cili, daun bawang, udang, telur dan kacang tanah tanpa kicap. Di tepi pinggan diletakkan serbuk cili dan kacang tanah yang telah ditumbuk. Phad thai yang paling sedap aku pernah makan setakat ni. Aku galakkan korang untuk cuba air sirap hijau bila dah rasa kepedasan tu. Sedap wooo...
Sirap hijau
(2) Akob Patin House, Kuantan
Restoran ni terletak di Jalan Besar betul-betul belakang Bangunan KWSP dan tepi Sungai Kuantan. Specialty kat sini haruslah ikan patin masak tempoyak. Ada 2 jenis ikan patin dijual kat sini iaitu patin biasa dan patin buah. Patin biasa harganya RM10 seketul dan patin buah RM20 seketul. Aku dah cuba kedua-dua jenis patin, tapi aku tak reti nak bezakan. Rasa macam sama je, cuma patin buah lebih kental isi dia.
Patin biasa
Di kedai ni banyak masakan kampung lain korang boleh cuba. Kalau korang tak suka makan ikan patin masak tempoyak, korang boleh cuba ikan patin, ikan talapia dan pelbagai jenis ikan air tawar yang digoreng panas-panas. Korang kena makan dengan sambal belacan atau sambal tempoyak, boleh juling biji mata sebab sedap sangat.
Puding raja
Untuk dessert aku cadangkan korang cuba puding raja sebekas RM5. Aku dah bertahun-tahun tak makan puding ni lepas pindah KL, tak sangka terjumpa puding ni kat sini. Antara bahan utama dalam puding ni ialah pisang lemak manis, jala emas dibuat daripada telur, kismis, gajus dan ceri dimakan dengan kuah custard.
(3) Burger Burgermbira, Teluk Cempedak
Kedai burger ni terletak dalam sebuah restoran bertentangan tempat parking kereta Teluk Cempedak. Ada 3 cawangan di sekitar Kuantan. Burger bertingkat-tingkat pada harga yang sangat berpatutan. Ada lebih 10 jenis menu burger korang boleh pilih berdasarkan berapa tingkat korang nak, nak letak nenas, telur, cheese dan macam-macam lagi.
Burger ni bukan burger bakar. Burger yang digunakan adalah burger biasa, maybe Ramly kot. Range harga antara RM2.50 hingga RM6.00 kalau tak silap aku. Ni la masalahnya bila malas ambik gambar langsung dah tak ingat. Silalah cuba, memang terbaik dari ladang. Korang cuba order teh tarik dalam restoran tu, lazat berkrim. Tak tipu.
- lynn's food adventures -